BAHAGIAN
C
(15
Markah)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Terdapat
beberapa faedah penggunaan komputer dalam kehidupan seseorang individu. Salah
satunya ialah dapat menambah daya tarikan dalam pengajaran. Hal ini demikian
kerana penggunaan komputer dalam sesi pengajaran dapat menjadikan penyampaian
ilmu menjadi lebih menarik menggunakan perisian seperti Microsoft Powerpoint
sekali gus dapat menambah minat pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
Selain itu, penggunaan komputer dapat meningkatkan keupayaan pengurusan
pentadbiran. Misalnya, rekod berkenaan pengurusan pentadbiran dapat dikemas kini dan disimpan menggunakan
Microsoft Excel yang menjadikan maklumat direkod dengan lebih efisen. Tambahan
lagi, penggunaan komputer juga dapat meningkatkan prestasi akademik apabila
digunakan pelajar dalam menyiapkan kerja kursus kerana lebih mudah dan cepat
disiapkan di samping hasilnya yang lebih kemas.
Super
ReplyDelete