[Ulasan PT3] Iklan Peranan Muzik

Cikgu Muzz
By -
3
BAHAGIAN C
(15 Markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


         Salah satu peranan muzik yang boleh digariskan ialah mengurangkan tekanan. Muzik berentak perlahan seperti instrumental selalu digunakan sebagai terapi minda kerana diyakini mampu menghadirkan ketenangan kepada pendengarnya. Selain itu, muzik juga dapat digunakan sebagai sumber untuk meraih pendapatan. Misalnya, komposer lagu akan mencipta lagu dengan gubahan irama yang indah seterusnya bekerjasama dengan penulis lirik, penerbit dan penyanyi dalam usaha memasarkan lagu tersebut sekali gus mengaut keuntungan yang lumayan. Seterusnya, muzik juga berperanan merangsang patriotisme dalam kalangan rakyat. Lagu-lagu berentak patriotik seperti Sehati Sejiwa dan Keranamu Malaysia sering diputarkan di radio dan televisyen terutamanya ketika bulan kemerdekaan bagi menyuntik patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Tags:

Post a Comment

3Comments

  1. yeh iam take my hose to the old town road i am gona ride till i can no more

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!