BAHAGIAN
C
(15
Markah)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat
kebangsaan 2013 akan diadakan di perkarangan tempat letak kereta, Presint 4,
Putrajaya, dari 7.00 pagi hingga 5.00 petang, pada 27 Oktober 2013 bersamaan
hari Ahad. Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri G. Palanivel, iaitu
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara aktiviti menarik yang dijalankan
termasuklah senamrobik dan Larian Hijau 1 Malaysia. Aktiviti senamrobik dan
larian boleh mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin dari dalam badan
manusia sekali gus memberikan impak positif kepada kesihatan tubuh badan
seseorang individu. Selain itu, pameran alam sekitar yang diadakan pula dapat
memberikan peluang kepada pengunjung untuk lebih mengetahui tentang kepentingan
memelihara alam sekitar demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat
sejagat.
Mimta maaf tapi bukan ke ulasan kena panjang sedikit?
BalasPadamtolong kira ada brp patah perkataan???ulasan perlu panjangnya antara 80 hingga 100 kan.....
Padam112 patah perkataan saya kira
PadamKalau panjang markah akan ditolak
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSetahu saya kalau 105 patah perkataan ok lagi.. kalau mcm sy kira dapat 109.. jadi berapa eh markah yg ditolak?
PadamUlasan perlu ditulis dengan kepanjangan 80 hingga 100 patah perkataan. Pemeriksa akan membilang patah perkataan hingga 100 dan membaca sehingga ayat terakhir. Jika isi cukup, bahasa baik, gramatis tetapi tidak mematuhi jumlah patah perkataan, maksimum 13 markah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamThis comment has removed by the author
BalasPadamBukan ke ulasan sampai 80perkataan
BalasPadamAntara 80 hingga 100 patah perkataan. Ayat terakhir kalau terlebih beberapa patah perkataan tak jadi masalah. Kata nama khas dikira satu patah perkataan.
PadamBetul ku 'muzz
BalasPadamBaik.
BalasPadamTerbaik
BalasPadam