Drama ini mengisahkan Aiman,
seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk
tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal
daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman
beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah
memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali
member galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain
Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari
turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah menlayari
sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima
anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk
membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.
TEMA DRAMA BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA
Kesedaran
generasi muda dalam memupuk semangat cinta Negara melalui penyertaan PLKN.
PERSOLAN DRAMA BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA
Kesungguhan dan sikap positif golongan remaja yang berminat untuk
menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara. Contoh: Nora, Sundarani,
Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN
dan nama mereka tertera pada papan kenyataan sekolah.
Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan
kekeluargaan.Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk
bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya
Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.
Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak. Contoh: Datin
Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai
PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh,
beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk
berkhidmat kepada negara.
WATAK DAN PERWATAKAN DRAMA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
WATAK
|
PERWATAKAN
|
AIMAN
|
Seorang remaja berusia
kira-kira 16 tahun
Berasal daripada keluarga
yang berada. Seorang yang agresif. Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu
rumah yang melayannya dengan baik dan mesra.
|
KHIR GHAZALI
|
Ayah kepada Aiman
Seorang yang
bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat
terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya
dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
|
CIKGU DAHARI
|
Seorang guru
Terlibat dengan PLKN
dalam penghasilan modul program Penghayaran Sastera dan budaya
Seorang yang berfikiran
positif. Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam
kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam
kehidupan zaman moden, Cikgu Dahari menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa keselamatan peserta
sentiasa terjamin.
|
LATAR DRAMA BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA
LATAR
|
HURAIAN
|
LATAR TEMPAT
|
Rumah Aiman.
Contoh: Peristiwa Aiman
menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat Negara
Peristiwa Khir Ghazali,
Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN
|
LATAR MASA
|
Waktu tengah hari.
Contoh: Aiman menerima
sepucuk surat ketika duduk bersantai di rumah.
Nek Sinah menjemput Aiman
menikmati makan tengah hari
|
LATAR MASYARAKAT
|
Masyarakat bandar yang
sibuk bekerja .
contoh: Khir Ghazali iaitu
ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin
Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk
dengan tugasan di universiti.
|
NILAI MURNI DRAMA BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
- Kasih sayang – Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.
- Tanggungjawab - Walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman.
PENGAJARAN
DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
- Kita hendaklah menghormati
orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Aiman biadap terhadap pembantu
rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri.
- Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas. Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah