SINOPSIS CERPEN MUNSYI
Cerpen ini mengisahkan
hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh
bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif
di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan
jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai
tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah
berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah
tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu,
bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus
dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik,
bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.
Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa
Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan
kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu
berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan
kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan
bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang
bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan
buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’
merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal
di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.
Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati
diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi. Suatu
hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan
pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya,
jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih
melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi
dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.
TEMA CERPEN MUNSYI
Semangat cinta akan bahasa,
agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga
negara.
PERSOLAN CERPEN MUNSYI
Ketaatan seorang anak
terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak
membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih
belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
Kegigihan anak muda
mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya, ‘Saya’ tekun
belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke
bandar.
WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN MUNSYI
WATAK
|
PERWATAKAN
|
SAYA
|
Seorang
yang taat. Contohnya, ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia
berhijrah ke bandar.
Seorang
yang amanah. Contohnya, ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku
yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
|
BONDA
|
Seorang
yang berpengetahuan luas. Contohnya, Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang
sejarah pahit tanah air.
Seorang
yang bersifat patriotik. Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama,
bahasa ibunda dan negara.
|
MUNSYI
|
Seorang
yang cinta akan budaya Melayu. Contohnya, Munsyi berpakaian tradisi Melayu
yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
Seorang
yang mengalu-alukan tetamu. Contohnya, Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’
masuk ke rumahnya.
|
LATAR CERPEN MUNSYI
LATAR
|
HURAIAN
|
LATAR
TEMPAT
|
Kampung. Contohnya, Pada
mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah
ke kota.
Kota.
Contohnya, ‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih
sempurna.
|
LATAR
MASA
|
Zaman
pemerintahan penjajah. Contohnya, penjajah telah memerintah negara
menggunakan system pecah dan perintah.
Zaman
selepas merdeka. Contohnya, rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga
lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.
|
LATAR
MASYARAKAT
|
Masyarakat
kampung. Contohnya, ‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
Masyarakat
remaja yang tinggal di bandar. Contohnya, ‘Saya’ dapati masyarakat remaja
yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
|
NILAI MURNI CERPEN MUNSYI
- Ketaatan - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
- Kegigihan - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
PENGAJARAN CERPEN MUNSYI
- Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. Contohnya, ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
- Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.