Sebagai persediaan untuk soalan morfologi, SPM; cikgu kongsikan ringkasan nota 15 kata tugas. Kata tugas dalam bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada 17 jenis, walau bagaimanapun kata pangkal ayat dan kata adverba tidak cikgu kongsikan lantaran peratus untuk keluar dalam soalan morfologi yang agak sedikit. Jom, ulang kaji sebagai persediaan akhir dengan mengetahui contoh-contoh kata bagi 15 kata tugas yang mungkin akan diuji dalam SPM nanti.
|
KATA HUBUNG |
agar, andai
kata, apabila, atau, bahawa, dan, dengan, hingga, jikalau, kalau, kecuali,
kemudian, kerana, ketika, lagi, lalu, mahupun, malahan, manakala, meskipun,
namun, sama ada, sambil, sebab, sejak, sekiranya, selama, semasa, semenjak,
sementara, semoga, seraya, serta, sewaktu, sungguhpun, supaya, supaya,
tatkala, tetapi, untuk, walaupun, yang |
|
KATA SERU |
aduh, wahai,
wah, nah, syabas, amboi, ah, cis, hai, aduh, aduhai |
|
KATA TANYA |
apa, berapa,
bila, di mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa |
|
KATA PERINTAH |
jangan, usah,
tak usah, sila, jemput, harap, tolong, minta |
|
KATA BANTU |
Hendak, harus,
mahu, mesti, boleh, dapat, sedang, masih, belum, akan, telah, |
|
KATA PENGUAT |
agak, begitu,
paling, terlalu, benar, betul, nian, sekali, amat, sungguh, sangat |
|
KATA PENEGAS |
-lah, -tah,
-kah, -pun, hanya, memang, juga, jua, lagi, cuma, sahaja |
|
KATA NAFI |
bukan, tidak |
|
KATA PEMERI |
ialah, adalah |
|
KATA SENDI NAMA |
di, ke, pada,
dari, daripada, untuk, kepada, bagi, oleh, dengan, antara, akan, seperti,
sejak, selama, selain, tentang, terhadap, umpama, dalam, sampai, demi,
laksana, sejak |
|
KATA PEMBENAR |
ya, benar,
betul |
|
KATA ARAH |
atas, bawah,
kiri, kanan, hadapan, belakang, timur, barat, hujung, hulu, pangkal, pinggir,
puncak, antara, samping, sebelah, sebalik, seberang, segi, sekitar, utara,
selatan, sisi, sudut, tengah, tepi, sekeliling, hilir, celah, bucu |
|
KATA BILANGAN |
Satu, lima,
ketiga, tiap-tiap, masing-masing, setiap, separuh, sebahagian, sesetengah,
tiga suku, keempat-empat, kebanyakan, pelbagai, semua, para, segelintir,
sesetengah, semua, seluruh, sekian, beberapa, segala |
|
KATA PENEKAN |
-nya (cth:
sesungguhnya) |
|
KATA PEMBENDA |
-nya (cth:
luasnya) |

