FAKTOR-FAKTOR
BERLAKUNYA MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH
Seorang tokoh Islam
yong terkenal, Profesor Yusuf Qordhowi pernah menukilkan kata iaitu, “Jika
ingin meninjau keadaan sesebuah negara podo masa hadapan, maka lihatlah golongan
remajanya pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja
perintis kepada kemajuan negara pada masa akan datang. Jika elok remaja masa
ini maka begitulah juga masa hadapan negara. Namun begitu, pada hari ini
terdapat sebilangan besar remaja yang terlibat dengan gejal-gejala negatif
seperti penyalahgunaan dadah disebabkan oleh pelbagai faktor, menurut Ketua Polis
Pahang, Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2018,
seramai 26 orang murid ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah. Persoalannya,
apakah faktor-faktor berlakunya menyalahgunakan dadah dalam kalangan remaja? Tanpa membuang
masa kerana masa itu emas, marilah kita segera membincangkan faktor-faktor remaja
terlibat dalam salah laku penyalahgunaan dadah. Antaranya, pengaruh rakan
sebaya yang negatif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya
merupakan salah satu faktor yang dominan remaja terlibat dalam kesalahan
penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana pengaruh rakan memberi pengaruh
yang besar kepada seseorang remaja kerana remaja pada hari ini lebih banyak
meluangkan masa dengan rakan-rakan mereka berbanding dengan ibu bapa mereka di
rumah disebabkan oleh tuntutan belajar khususnya pelajar-pelajar yang tinggal
di berasrama yang hanya pulang ke rumah pada hujung minggu. Tambahan pula,
rakan sebaya merupakan insan yang menjalani kehidupan yang hampir sama dengan
seseorang remaja iaitu sebagai pelajar dan sebagai anak merupakan bukti yang
amat kukuh untuk dikatakan rakan sebaya merupakan pengaruh yang dominan kepada
remaja. Izharlah, benarlah kata-kata orang-orang tua dahulu jika ingin melihat
warna sebenar seseorang lihatlah perilaku kawannya. Seterusnya,
keinginan untuk mencuba merupakan salah satu faktor remaja terlibat dalam
penyalahgunaan dadah. Lumrah remaja yang setahun jagung sentiasa mempunyai
keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu bagi mereka. Kebiasaannya remaja
yang ingin mencuba menyalahgunakan dadah sudah terdedah dengan dadah sehingga
menyebabkan mereka ingin mencuba. Tambahan pula, remaja yang mempunyai
keinginan yang kuat akan lemah untuk berfikir akan kesan sampingannya. Oleh itu,
remaja seyogianya berfikir secara berhemah sebelum melaksanakan sesuatu
tindakan yang akan mendatangkan mudarat kepada mereka. Dari perspektif
yang lain, remaja pada hari ini kurang pengawasan daripada ibu bapa yang
menyumbang kepada aktor remaja terlibat dengan salah laku penyalahgunaan dadah.
Kebanyakan ibu bapa pada hari ini terlalu sibuk dengan kerjaya mereka sehingga
tiada masa untuk mengawasi keadaan semasa anak-anak mereka. Ibu bapa seperti
ini boleh dilabelkan melupakan tanggungjawab mereka kerana anak-anak merupakan
tanggungjawab yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada mereka untuk dibentuk
dan dijaga dengan baik. Menurut sabda Rasurullah, anak-anak diibaratkan sebagai
sehelai kain putih ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkannya sama ada menjadi
Yahudi, Nasrani atau Majusi. Hal ini
jelaslah, ibu bapa merupakan entiti penting kepada anak-anak mereka. Jelaslah bahawa
ibu bapa wajarlah mengawasi anak-anak mereka agar dapat mengelakkan anak-anak
mereka terlibat dalam salah laku penyalahgunaan dadah. Yang mendaki
telah sampai ke puncak, yang menulis sudah melabuhkan noktah isu penyalahgunaan
dadah dalam kalangan remaja merupakan isu yang serius kerana mampu merosakkan
remaja yang merupakan entiti yang akan meneruskan kemajuan negara pada masa
hadapan persis sabda Rarurullah amalan yang buruk itu merosakkan amalan baik
seperti cuka merosakkan madu. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan yang
penting untuk merawat masalah ini sebelum menjadi barah yang menanah. Jangan sampai
isu penyalahgunaan dadah ini kian membimbangkan barulah semua pihak menuding jari bertepatan peribahasa sudah terperosok
baru mahu membaiki lantai.