KESAN-KESAN
NEGATIF LAMBAKAN WARGA ASING
Kemasukan warga
asing ke negara kita mencatatkan peningkatan saban tahun bak peribahasa cendawan
tumbuh selepas hujan. Perkara ini membimbangkan semua pihak terutamanya
penduduk setempat. Hal ini dikatakan demikian kerana lambakan warga asing di
dalam negara akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Walau bagaimanapun,
pihak kerajaan telah meneliti perkara ini sehingga ke akar umbi supaya dapat
melakukan usaha-usaha yang pragmatik untuk mengatasi masalah ini daripada terus
berkembang sehingga menganggu imej negara. Persoalannya, apakah kesan-kesan
kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal?
Kesan-kesan
kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal ialah dapat
menyebabkan peningkatan kadar jenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat
warga asing yang tidak mendapat pekerjaan atau mempunyai sumber pendapatan yang
rendah. Oleh itu, mereka akan mencari alternatif lain untuk mendapatkan wang. Contohnya,
mencuri atau merompak. Mereka terdesak untuk melakukan perbuatan kotor ini
semara-mata untuk menyara diri dan kelangsungan hidup. Kesannya, dapat menjejaskan
keamanan negara kerana ramainya penjenayah dalam kalangan warga asing. Hal ini
secara tidak langsung dapat menjejaskan pendapatan negara kerana pelancong
kurang melancong ke negara kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemasukan
warga asing akan meningkatkan kadar jenayah.
Jika dilihat
daripada perspektif yang berbeza, kemasukan warga asing yang berleluasa dan
tidak terkawal akan meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan warga
tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana peluang pekerjaan telah dipelopori
oleh warga asing. Contohnya, pemilik restoran atau orang atasan akan sentiasa
mengambil warga asing sebagai pekerja berbanding warga tempatan. Hal ini
dikatakan demikian kerana warga asing cenderung untuk menerima upah yang lebih
rendah berbanding penduduk tempatan. Mereka tidak perlu membayar KWSP atau kos
lain apabila pekerja mereka ialah warga asing. Oleh itu, kemasukan warga asing
ibarat bulan jatuh ke riba kepada pemilik perusahaan atau bos. Kesannya, dapat
meningkatkan kes kemiskinan dalam masyarakat. Jelaslah bahawa kadar
pengangguran yang meningkat dalam kalangan warga tempatan ialah kesan kemasukan
warga asing.
Akhir sekali,
penularan penyakit berjangkit oleh warga asing juga merupakan implikasi
kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka tidak menjalani pemeriksaan kesihatan secara rasmi
apabila masuk secara tetap ke negara lain. Mereka berpotensi untuk menjadi
pembawa penyakit berjangkit yang akan menular kepada masyarakat tempatan. Sebagai
contoh, virus Corona yang berasal dari Wuhan, China. Pandemik Covid-10 dapat
dijadikan iktibar kepada masyarakat kerana salah satu punca masalah ini ialah
kemasukan warga asing secara haram. Kesannya, lebih ramai warga tempatan yang
jatuh sakit sehingga meningkatkan kes kematian. Senario ini persis dengan
peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Jelaslah bahawa kesan kemasukan warga
asing ialah dapat meningkatkan penularan penyakit berjangkit.
Konklusinya,
kemasukan warga asing yang berleluasa dan tidak terkawal memberikan impak yang
negatif terutamanya kepada rakyat. Sebelum kudis menjadi tokak, semua pihak sewajarnya
menggembleng tenaga untuk mencantas masalah ini daripada terus berleluasa. Matlamat
untuk menjadi negara yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi degan
negara-negara maju yang lain hanya angan-angan Mat Jenin apabila masalah serius
ini masih dipandang enteng. Oleh itu, pihak kerajaan memainkan peranan utama
untuk melakukan anjakan paradigma supaya rakyat tidak terus-menerus terkena
tempias kesan daripada masalah ini.