Contoh Karangan Usaha Untuk Melahirkan Atlet Dalam Sukan Paralimpik (Karangan Cemerlang SPM 2024)
oleh -Cikgu Muzz
November 23, 2025
0
USAHA-USAHA
UNTUK MELAHIRKAN ATLET DALAM SUKAN PARALIMPIK
Apabila berbicara tentang atlet dalam sukan, Ibnu Abbas pernah menyampaikan
berita kepada Abu Migdad bahawa beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda, “Apabila
kamu berfikir sesaat maka itu adalah lebih utama daripada kamu beribadat selama
70 tahun.” Mahfum daripada Sabda Nabi SAW ini dapat dikaitkan dengan falsafah
untuk mencari pelapis berkelas dunia bagi Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) dapat
menjadikan negara dipandang tinggi kerana warga OKU tidak ditindas, malah
menjadikan mereka setaraf dengan rakyat yang sempurna segala pancainderanya
seperti duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Maka, usaha yang konkrit,
sistematik lagi pragmatik atau dikupas sehingga ke akar umbi agar isu ini boleh
dijadikan teladan bagi kebaikan generasi yang akan datang. Oleh itu, saya atas
dasar kemanusiaan, saya berasa terpanggil untuk turut serta bagi perbincangan
dalam usaha-usaha melahirkan lebih ramai atlet dalam Sutan sukan orang Kurang
upaya. Meninjau dari sisi yang jarang dibincangkan, ibu bapa memainkan peran
yang paling penting dalam menentukan masa depan anak-anak kerana mereka
diibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkannya
sama ada seindah pelangi atau semalap masa hadapan. Senario ini dapat dikaitkan
dengan semangat ibu bapa yang tidak luntur meskipun dikurniakan cahaya mata
yang tergolong dalam warga yang menginginkan mereka mendapat pendidikan dan
kerjaya yang adil dan saksama dengan anak-anak yang lain. Oleh itu, dengan
meluangkan masa pada waktu lapang bersama-sama anak syurga ini,
sedikit-sebanyak mampu memberikan pendedahan kepada mereka dalam bidang sukan
seperti petanque, bola sepak dan acara renang. Natijahnya dalam bidang minat
anak anak ini dapat dipuput dari kecil kerana ibu bapa merupakan pensyarah
pertama manakala rumah merupakan universiti pertama kepada anak-anak. Oleh itu,
ibu bapa perlu menjadi contoh kepada mereka dengan mengajari mahupun menjadikan
sukan seperti badminton sebagai lumrah yang dilakukan pada hujung bi minggu
kerana ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Oleh itu sebagai penutup wacana
perbincangan mengakhiri diskusi ini, jelaslah bahawa dengan meluangkan masa
bersama anak-anak untuk bersukan merupakan salah satu daripada usaha untuk
melahirkan atlet dalam bidang sukan ini. Menerusi perspektif yang lebih mendalam, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan
sukan bagi murid-murid OKU. Hal ini bersangkut-paut dengan bakat yang
dipendamkan oleh murid-murid OKU dalam bidang sukan. Sebagai uswahnya, Panitia
Sukan Sekolah boleh menganjurkan acara lontar peluru dan lempar cakera dengan
menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan kepada para pemenang. Hal ini dapat
membantu mereka untuk menonjolkan diri dalam bidang sukan dan mampu unik
melayakkan diri mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan bantuan guru-guru
yang dianggap sebagai pelita hidup dan sekolah agar merela mempunyai masa
hadapan yang cerah persis dengan anak-anak yang lain. Sesungguhnya, Saidina Ali
RA menyatakan bahawa, “Semua manusia itu sama, yang membezakan mereka hanyalah
amal dan iman”. Maka, sikap rendah din dapat dikurangkan. Oleh itu, izharlah
bahawa pihak sekolah dengan mengadakan pertandingan sukan oleh pihak sekolah
mampu dijadikan sebagai usaha yang konkrit dalam melahirkan atlet dalam bidang
ini. Sekiranya dianalisis dengan lebih teliti, pihak kerajaan yang merupakan tulang
pembangunan negara boleh menganjurkan kempen di bawah arahan Kementerian Belia dan
Sukan Negara iaitu, kempen ‘Warga Orang Kurang Upaya Batasi Segalanya’ untuk memberikan
pengetahuan bahawa betapa signifikannya bidang sukan kepada masa hadapan warga OKU.
Sebagai evidensinya, Kementerian Belia dan Sukan Negara boleh menjemput atlet
berkelas dunia seperti Muhammad Ziyad d Zolkefli dan Mohamad Ridzuan Mohomad
Puzi untuk menceritakan pengalaman mereka dalam menempuh bidang sukan sehingga
berjaya pada hari ini. Hal ini dapat memotivasikan warga OKU yang mempunyai
bakat dan minat untuk menceburi bidang sukan tanpa ragu-ragu. Implikasinya, pihak
kerajaan dapat membuahkan hasil daripada usaha ini untuk melahirkan lebih ramai
atlet untuk mencapai sasarannya untuk melahirkan sekurang- kurangnya 1000 atlet
paralimpik. Sebagai penutup wacana ini, jelaslah bahawa dengan anjuran kempen
ini merupakan salah satu usaha yang efektif untuk membina masa depan negara
agar tidak ketandusan atlet paralimpik yang berbakat. Bagi mengakhiri segala coret -coret perbincangan ini, cabaran globalisasi
dalam melahirkan atlet dalam sukan ini akan terus menebarkan nuansa kepada
kehidupan yang saling memerlukan. Apa-apa yang berlalu di barat pasti akan
wujud di timur dan di sebaliknya. Maka, usaha yang sistematik harus wujud dalam
dekad yang mendatang. Sesungguhnya, asal manusia itu adalah satu daripada benih
Adam dan Hawa. Oleh itu, semua institusi harus berganding bahu bagai ke bukit
sama di daki, ke lurah sama dituruni agar matlamat untuk melahirkan seramai
1000 atlet paralimpik tercapai kerana biar putih tulang, jangan putih mata.