BAHAGIAN
C
(15
Markah)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Ekspo Beli Barangan Malaysia
akan diadakan pada 21 hingga 22 Julai 2018 bertempat di Dewan 4 & 5 Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur. Penganjuran ekspo ini bertepatan dengan kempen
kerajaan yang menyeru masyarakat Malaysia membeli barangan buatan tempatan.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang ekspo berlangsung antaranya
domonstrasi produk, lelongan amal dan hadiah pengunjung bertuah. Menerusi
demonstarsi produk, pengunjung berpeluang melihat sendiri sesuatu produk
dihasilkan mislanya produk berupa makanan seperti karipap segera. Seterusnya,
melalui lelongan amal pengunjung dapat memiliki barangan yang dikehendaki
dengan harga yang murah dalam masa yang sama dapat pula membantu insan yang
memerlukan. Ringkasnya, belilah barangan buatan Malaysia kerana buatan Malaysia
pilihan yang bijak.