[Ulasan PT3] Sebab Perlu Menghormati Guru

Cikgu Muzz
By -
1
BAHAGIAN C
(15 Markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan tentang sebab-sebab perlu menghormati guru yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



          Guru ialah insan yang banyak jasanya kepada murid. Terdapat beberapa sebab yang menuntut seseorang murid untuk menghormati guru. Salah satunya ialah guru mengajar murid sehingga menjadi pandai. Sebagai contoh, guru mengajar murid mengenal huruf sehinggalah murid tersebut boleh lancar dalam membaca dan menulis. Selain itu, murid juga perlu menghormati guru disebabkan guru merupakan antara individu yang bertanggungjawab mendisiplinkan murid. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru sentiasa memberikan nasihat kepada murid untuk berpakaian kemas, menepati masa, mematuhi peraturan sekolah dan memanfaatkan masa dengan perkara berfaedah. Oleh itu, murid hendaklah menghormati guru agar ilmu yang diperoleh diberkati dan memberi manfaat dalam kehidupan.

Tags:

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!