BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di
bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya
ialah sikap pemandu yang leka menggunakan telefon bimbit semasa memandu
sehinggakan hilang fokus lalu boleh terlibat dalam kemalangan. Seterusnya,
faktor kenderaan yang tidak diselenggara juga boleh menjadi penyebab terjadinya
kemalangan. Tamsilnya, tayar kenderaan yang haus boleh menyebabkan cengkaman
tayar pada permukaan jalan kurang efektif sekali gus boleh mengakibatkan kenderaan
terbabas. Tambahan lagi, cuaca buruk seperti hujan lebat yang membataskan
penglihatan pemandu dan halangan di atas jalan raya seperti lubang besar turut
berfungsi menyebabkan kemalangan.