BAHAGIAN C
(15 Markah)
Lihat poster
di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasana yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan.
Grafik di atas menunjukkan tatacara penganjuran acara
melibatkan aktiviti fizikal ketika jerebu. Pertama, aktiviti keramaian atau
sukan di luar bangunan perlu ditangguhkan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU)
melebihi 100. Hal ini bertujuan mengelakkan risiko kesihatan kepada individu
yang berpontensi seperti sesak nafas, selsema, batuk dan sakit tekak. Seterusnya,
jika acara terpaksa diteruskan, peserta diminta memakai penutup mulut dan
hidung. Hal ini bertujuan untuk mencegah asap jerebu daripada terdedah kepada
organ pernafasan secara langsung. Akhir sekali, individu yang bergejala akibat
jerebu seperti asma dan jangkita paru-paru perlu berjumpa doktor bagi
mendapatkan rawatan segera supaya dapat mengelakkan perkara buruk yang tidak
diingini.