BAHAGIAN C
(15 Markah)
Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan tentang langkah penerapan budi bahasa dalam kalangan remaja yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diimplementasikan
dalam usaha menyuburkan amalan budi bahasa dalam kalangan remaja. Salah satunya
ialah menerusi peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa sebagai contoh
teladan. Ibu bapa hendaklah mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian
seperti bertutur menggunakan bahas ayang sopan supaya dapat diikuti oleh
anak-anak. Seterusnya, pelaksanaan kempen yang berkesan seperti kempen Budi
Bahasa Budaya Kita menerusi medium media sosial seperti YouTube, Facebook dan
Instagram boleh menggalakkan generasi muda menghayati keperluan mengamalkan
budi bahasa dalam kehidupan. Akhir sekali, budi bahasa juga dapat diterapkan
dalam kalangan remaja menerusi pendidikan, misalnya melalui subjek Pendidikan
Islan dan Pendidikan Moral yang menjadi mata pelajaran teras di sekolah.