BAHAGIAN C
(15 Markah)
Lihat poster
di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasana yang panjangnya antara
80 hingga 100 patah perkataan.
Isu kesihatan mental dalam kalangan
rakyat semakin membimbangkan. Salah satu cara menjaga kesihatan mental
ialah dengan melakukan
aktiviti fizikal seperti senaman. Contohnya, masyarakat boleh mengamalkan aktiviti joging di taman, bermain badminton dan bola sepak. Apabila melakukan
aktiviti fizikal peredaran
darah dalam badan akan lebih lancar dan otak juga akan menerima oksigen dengan secukupnya.
Seterusnya, masyarakat perlu mengelakkan
merokok dan mengambil
alkohol dalam usaha menjaga kesihatan mental. Hal ini demikian kerana
pengambilan alkohol secara berlebihan akan menyebabkan manusia bertindak di luar kewarasan
akal. Misalnya, banyak
kemalangan jalan raya direkodkan berlaku kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Konklusinya, kita
hendaklah menjaga kesihatan minda agar kehidupan lebih sejahtera.
(104 patah perkataan)
😎
😜 😷 😵 |
Pendahuluan
|
Isi Tersurat
|
|
Isi Tersirat
|
|
Kesimpulan
|