BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di
bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Tubuh badan yang lesu dan
tidak bermaya akan menyebabkan seseorang tidak berupaya memberikan komitmen
yang tinggi dalam pekerjaan. Bagi mengatasi masalah ini seseorang individu
boleh mengamalakn tip berikut. Pertama, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan
berkhasiat. Mengamalkan tenik relaksasi dan menguruskan emosi secara positif
juga merupakan langkah sentiasa bertenaga ketika bekerja. Jika terlalu letih,
rehat seketika dengan merenggangkan otot boleh dipraktikkan. Tambahan lagi, berkongsi
masalah dengan individu yang dipercayai atau kaunselor boleh meningkatkan
keyakinan diri dan mendapat sokongan moral.