[Ulasan PT3] Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan

Cikgu Muzz
By -
0
BAHAGIAN C
(15 Markah)

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasana yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



            Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan program tahunan yang memeriahkan kalender aktiviti di Malaysia sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Pada 23 Oktober 2020, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan di Inap Desa Kampung Sepakat, Sabak Bernam, Selangor. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Antaranya ialah aktiviti berbalas pantun. Aktiviti berbalas pantun yang menjadi warisan turun-temurun pastinya mengangkat kehalusan bahasa dan sastera. Selain itu, terdapat juga aktiviti permainan Sahibba yang menguji minda dengan kemahiran kosa kata. Berikutnya sambutan ini juga dimeriahkan dengan aktiviti membaca naskhah sastera lama yang  boleh mencambahkan pengetahuan tentang bahasa Melayu klasik. Ringkasnya, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan alternatif terbaik dalam menyebar luas kepentingan penggunaan Bahasa Melayu kepada khalayak.

(106 patah perkataan)

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!