Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Karangan Pendek PT3] Kesan Asap Rokok Kepada Perokok Pasif


BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 Markah)

Berdasarkan maklumat di bawah  huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan asap rokok kepada perokok pasif. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


            Perokok pasif ialah individu yang tidak merokok tetapi menghidu atau menyedut asap rokok yang dihasilkan oleh perokok aktif tanpa disedari. Perokok pasif boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang sering menghabiskan masa berhampiran dengan perokok aktif.

            Meskipun tidak merokok secara langsung, perokok pasif juga berisiko untuk mendapat penyakit kronik. Antara penyakit yang boleh dihidapi oleh perokok pasif ialah kanser, penyakit hati, penyakit kulit, gangguan pernafasan, alahan dan banyak lagi. Sehubungan itu, perokok pasif hendaklah mengambil pendekatan untuk memastikan penjarakan sosial ketika berhubung dengan perokok aktif. Bukan itu sahaja, perokok pasif boleh memberitahu kesan yang dihadapi oleh mereka gara-gara perbuatan perokok aktif yang tidak bertanggungjawab dan merokok secara terbuka.

            Kesimpulannya, kesihatan adalah tanggungjawab setiap individu. Perokok tegar boleh mengambil inisiatif untuk mengunjungi Klinik Berhenti Merokok yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah pertama untuk meninggalkan tabiat merokok. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!

Post a Comment

0 Comments