BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 Markah)
Berdasarkan maklumat
di bawah huraikan pendapat anda tentang
kesan-kesan asap rokok kepada perokok pasif. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Tidak ada
suatu kejadian Tuhan di dunia ini yang diciptakan untuk sia-sia. Begitu juga
dengan pokok pisang yang biasa ditemui di kampung mempunyai pelbagai kegunaan.
Buah pisang terkenal dengan menu
jempt-jemput yang sering menjadi pilihan masyarakat Melayu untuk dijadikan
sebagai sarapan pagi atau santapan minum petang. Biasanya pisang emas yang
ranum akan dipilih untuk membuat kuih ini. Selain itu, daun pisang juga boleh
digunakan sebagai pembalut makanan dan cukup sinonim dengan nasi lemak. Daun pisang
juga digunakan dalam membalut kuih tradisional seperti lepat pisang, lepas liat
dan tepung bungkus. Seterusnya, jantung pisang pula boleh dijadikan ulama
sebagai menu sihat dalam makanan seharian. Tambahan lagi, batang pokok pisang
pula boleh digunakan untuk membuat rakit.
Ringkasnya, sebatang pokok pisang
mempunyai pelbagai kegunaan. Sebagai manusia kita hendaklah bersyukur dengan
nikmat kurniaan Tuhan dan menggunakannya untuk manfaat bersama.