Anekdot: Bukan Hijau Atau Biru, Tapi Merah

Cikgu Muzz
oleh -
0


"Awak, awak suka hijau atau biru?"

"Merah."

"Tak, saya tanya, awak suka hijau atau biru?"

"Merah!"

"Okay, macam ni, awak suka warna hijau ke merah?"

"Merah!!"

"Awak ni buta warna ke atau pekak?"

"Awak tu bebal ke bodoh?"

"Dah kenapa nak marah saya pula?"

"Dah awak tanya warna yang saya suka. Saya jawablah merah, sebab saya suka merah."

"Tapi saya tanya hijau atau biru!"

"Tu maknanya awak bukan bagi saya pilihan, awak paksa saya untuk pilih!"

"Jadinya, awak memang takkan pilih antara hijau dengan biru?"

"Alahai mamat senget nih! Kalau saya suka  dan boleh memilih merah, tak ada sebab untuk saya suka hijau atau biru!"

"Terimalah hakikat Farhan. Awak, teman rapat saya ketika sekolah. Fahmi kawan baik saya zaman universiti. Tapi hati saya hanya untuk Fakhri. Sekarang dan buat selamanya..."


Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)