Kementerian Pendidikan Malaysia menafikan pelaksanaan
UPSR dan PT3 untuk tahun 2020 yang diberi nama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) seperti yang dilaporkan
oleh sebuah portal baru-baru ini.
Terdahulu pada 15 April 2020, KPM telah mengumumkan
bahawa pelaksanaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 telah dibatalkan.
Justeru, KPM menegaskan pelaksanaan peperiksaan UPSRx
dan PT3x secara dalam talian yang dijangkan pada September dan Oktober 2020
adalah bukan dibawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia dan tiada kaitan
dengan KPM.
Berhubung perkara ini KPM telahpun mengambil tindakan
kepada pihak tersebut kerana dianggap melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Sehubungan itu, ibu bapa dan waris disarankan untuk merujuk laman web rasmi KPM
dan LPM untuk mendapatkan maklumat sahih mengenai maklumat peperiksaan yang
dikendalikan oleh KPM.