[Nota Komsas] Analisis Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus; Antologi Sejadah Rindu

Cikgu Muzz
By -
0

 

MAKSUD SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

Rangkap 1: Penyajak menghantar anak dara suntinya ke tempat baharu yang jauh berbeza kehidupannya supaya anaknya itu menimba ilmu dan pengalaman di menara gading.
Rangkap 2: Penyajak melepaskan anak gadisnya untuk mengenali kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta memerlukan pertimbangan akal yang waras.
Rangkap 3: Penyajak mengingatkan anak gadisnya bahawa kehidupan di kampus bukan sahaja penuh dengan ilmu pengetahuan, bahkan juga sarat dengan dugaan yang mampu
menghanyutkan budi pekerti dan meninggikan ego.
Rangkap 4: Penyajak menasihati anak gadisnya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap agar anaknya itu tidak pulang dengan kedukaan dan kegagalan.

TEMA SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

Sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus” bertemakan nasihat ibu bapa kepada anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

PERSOALAN

  1. Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus.
  2. Harapan bapa supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk menimba ilmu di menara gading.
  3. Keberanian bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading.
  4. Kehidupan di kampus yang banyak cabaran.

BENTUK SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

  1. Terdiri daripada empat rangkap.
  2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama: lapan baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga: enam baris, dan rangkap keempat: lima baris.
  3. Jumlah patah kata dalam setiap baris antara tiga hingga enam patah kata dalam satu baris.
  4. Bilangan suku katanya antara lima hingga lima belas suku kata.
  5. Rima akhirnya ialah rangkap pertama: aabcaade, rangkap kedua: abcdef, rangkap ketiga: abcdeb, dan rangkap keempat: abacd.

GAYA BAHASA SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

  1. Bahasa klasik atau Sanskrit. Contoh: bumantara; azimat; tangkal.
  2. Diksi atau pemilihan kata begitu indah dan berkesan. Contoh: memesrai azimat dan tangkal
  3. Hiperbola. Contoh: hadir sihir angin bernafas api.

UNSUR BUNYI SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

  1. Asonansi. Contoh: Kulepaskan kau menjadi burung putih (perulangan bunyi vokal u).
  2. Aliterasi. Contoh: dengan suasana suntimu (perulangan  bunyi konsonan s).

NILAI SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

  1. Baik hati.
  2. Keberanian.
  3. Kasih sayang. 

PENGAJARAN SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

  1. Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang di sekeliling kita akan mendapat manfaat.
  2. Kita mestilah bersikap berani untuk melepaskan anak-anak demi masadepan mereka.
  3. Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayangkepada anak-anak.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!