[Nota Komsas] Analisis Sajak Sejadah Rindu; Antologi Sejadah Rindu

Cikgu Muzz
By -
0

 

MAKSUD SAJAK SEJADAH RINDU

Rangkap 1: Penyajak terkedu di atas sejadah sewaktu mengungkapkan kalimah syahdu yang menyentuh kalbu dan menginsafi dosa-dosa yang lalu.
Rangkap 2: Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon agar dibukakan ruang keampunan sebelum dia meninggal dunia.
Rangkap 3: Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak dalam suasana yang bening.
Rangkap 4: Hati penyajak luluh dan jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang disusun rapi sewaktu memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan gemuruh.
Rangkap 5: Penyajak berdoa kepada Yang Esa agar mengizinkannya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.

TEMA SAJAK SEJADAH RINDU

Sajak “Sejadah Rindu” bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada agama.

PERSOALAN SAJAK SEJADAH RINDU

  1. Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup.
  2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Penciptasebelum meninggal dunia.
  3. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Yang Esa.

BENTUK SAJAK SEJADAH RINDU

  1. Terdiri daripada lima rangkap.
  2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu  rangkap pertama: enam baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga: tujuh baris, rangkap keempat:
  3. enam baris, dan rangkap kelima: enam baris.
  4. Jumlah patah kata dalam setiap baris antara satu hingga enam patah kata.
  5. Bilangan suku katanya antara tiga hingga empat belas suku kata.
  6. Rima akhirnya ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap ketiga: aabaaaa, rangkap keempat: aaaaaa, dan rangkap kelima: aaaaaa.

GAYA BAHASA SAJAK SEJADAH RINDU

  1. Bahasa Arab. Contoh: kalimah; Ilahi; taubat.
  2. Inversi. Contoh: Terkedu aku (sepatutnya: Aku terkedu).
  3. Metafora. Contoh: sejadah rindu.

UNSUR BUNYI SAJAK SEJADAH RINDU

  1. Asonansi. Contoh: keikhlasan menjadi bukti (perulangan bunyi vokal i).
  2. Aliterasi. Contoh: kupohon kembali nafas kehidupan  (perulangan bunyi konsonan k).

NILAI SAJAK SEJADAH RINDU

  1. Kegigihan
  2. Keinsafan
  3. Keikhlasan
  4. Ketaatan

PENGAJARAN SAJAK SEJADAH RINDU

  1. Kita hendaklah insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu.
  2. Kita haruslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa.
  3. Kita mestilah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan.
  4. Kita perlu taat kepada Pencipta.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!