[Nota Komsas] Analisis Sajak Erti Hidup Bererti; Antologi Sejadah Rindu

Cikgu Muzz
By -
0


MAKSUD SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

Rangkap 1: Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya yang sudah tua.

Rangkap 2: Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanyalah bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga anak yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan.

Rangkap 3: Penyajak berasa bahawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar anakanaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal kecuali Tuhan.

TEMA SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

Sajak “Erti Hidup Bererti” bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua.

PERSOALAN SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

  1. Kehidupan seorang tua yang tidak dijenguk dan tidak dipedulikan oleh anak-anak.
  2. Kasih dan sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak.
  3. Kegembiraan ibu atau bapa pada masa lalu hanya tinggal kenangan.

BENTUK SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

  1. Terdiri daripada tiga rangkap.
  2. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama: tujuh baris, rangkap kedua: sepuluh baris, danrangkap ketiga: sebelas baris.
  3. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama,iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satubaris.
  4. Bilangan suku katanya antara empat hingga tiga belassuku kata.
  5. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca,rangkap kedua: abccdeafgh, dan rangkap ketiga:aabacdefdgc.

GAYA BAHASA SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

  1. Anafora. Contoh: ada yang mati ada yang hidup.
  2. Hiperbola. Contoh: cinta dalam rahim dilupai; embuncinta atasi angin dingin.
  3. Metafora. Contoh: benih keinsafan.
  4. Simile. Contoh: bagai kalung.

UNSUR BUNYI SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

  1. Asonansi. Contoh: Aku selalu didatangi (perulangan bunyi vokal a).
  2. Aliterasi. Contoh: menderita mengerang sakit (perulangan bunyi konsonan m).

NILAI SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

  1. Bertanggungjawab.
  2. Keinsafan.
  3. Kasih sayang. 

PENGAJARAN SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

  1. Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara.
  2. Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anakanak.
  3. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!