MAKSUD SAJAK KUDUP PERANG
Rangkap
1: Penyajak
mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan
sentiasa membuat kezaliman
dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih
berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati
kehidupan sambil mencari pahlawan sejati.
Rangkap 2: Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup pada zaman perbalahan dan penuh angkara. Oleh itu, dalam kekeliruan, penyajak tertanya-tanya akan orang yang membunuh pendusta.
Rangkap
3: Penyajak
tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan
Tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh
itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun wujud
pendustaan sehingga dia sanggup membiarkan
kesengsaraan berlaku di kota.
Rangkap 4: Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat dianggap suci.
Rangkap 5: Penyajak sedar bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Justeru, usaha untuk memulihkan sisa-sisa kehidupan yang damai amatlah sukar.
Rangkap 6: Sehingga kini, masyarakat masih terus bertengkar untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.
TEMA SAJAK KUDUP PERANG
Sajak “Kudup Perang” bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
PERSOALAN SAJAK KUDUP PERANG
- Peperangan hanya akan mewujudkan perasaan dendam sesama manusia.
- Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
- Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telah membunuh pendusta.
BENTUK SAJAK KUDUP PERANG
- Terdiri daripada enam rangkap.
- Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap
- pertama: sebelas baris, rangkap kedua: sepuluh baris, rangkap ketiga: sepuluh baris, rangkap keempat: enam baris, rangkap kelima: lapan baris, dan rangkap keenam: empat baris.
- Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
- Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belassuku kata.
- Rima akhirnya ialah rangkap pertama: abcdefaggag, rangkap kedua: abcdedddfd, rangkap ketiga: abcdddddd, rangkap keempat: abcdbb, rangkap kelima: abccccdc, dan rangkap keenam: abaa.
GAYA BAHASA SAJAK KUDUP PERANG
- Bahasa klasik atau Sanskrit.
Contoh: kesumat;
keramat; perawan.
- Hiperbola. Contoh: jari-jemari takdir; daerah angkara; selumbar sengsara; menjungkitkan amarah.
- Metafora. Contoh: peta
keadilan.
- Simile. Contoh: seperti perawan.
UNSUR BUNYI SAJAK
KUDUP PERANG
- Asonansi. Contoh: Memang kita tidak sempat menjenguk (perulangan bunyi vokal e).
- Aliterasi. Contoh: bercabang lalu bertemu bayu palsu (perulangan bunyi konsonan b).
NILAI SAJAK KUDUP PERANG
- Keadilan.
- Keberanian.
- Keinsafan.
PENGAJARAN SAJAK KUDUP PERANG
- Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih.
- Kita haruslah bersikap adil dan saksama.
- Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan.