Format Dan Prosedur Pentaksiran Ujian Mendengar Kertas 4 (1103/4) Bahasa Melayu SPM Mulai Tahun 2021

Cikgu Muzz
oleh -
1 minute read
0

 

Mulai tahun 2021, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu akan menggunakan format baharu. Turut sama berubah ialah pentaksiran Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM yang ditadbir sebelum ini. Mulai tahun 2021, calon SPM akan menduduki Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.

Ujian Mendengar akan menjadi Kertas 4 Bahasa Melayu SPM mulai tahun 2021. Jenis instrumen dalam Kertas 4 Bahasa Melayu ialah Ujian Mendengar meliputi tiga item, iaitu Objektif Aneka Pilihan, Objektif Pelbagai Bentuk dan Subjektif Respons Terhad.

Terdapat 4 hingga 6 petikan mengandungi 20 hingga 25 soalan, dan calon perlu menjawab semua soalan. Jawapan yang dikemukakan oleh calon mestilah berdasarkan petikan. Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 30 markah. Tempoh masa untuk menjawab Ujian Mendengar ialah 30 minit sahaja.

Pentaksiran Ujian Mendengar akan dijalankan secara berpusat dan serentak di seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan. Calon diwajibkan hadir dan menduduki Ujian Mendengar. Tidak ada taksiran ulangan untuk Ujian Mendengar. Bagi calon yang tidak menduduki Ujian Mendengar dianggap gagal dalam ujian tersebut. Ujian Mendengar mestilah diselesaikan dalam tempoh masa dan hari yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Calon berkeperluan khas seperti sakit akan menduduki Ujian Mendengar di hospital.


Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)