Format Dan Prosedur Pentaksiran Ujian Bertutur Kertas 3 (1103/3) Bahasa Melayu SPM Mulai Tahun 2021

Cikgu Muzz
By -
2

 

Mulai tahun 2021, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu akan menggunakan format baharu. Turut sama berubah ialah pentaksiran Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM yang ditadbir sebelum ini. Mulai tahun 2021, calon SPM akan menduduki Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.

Ujian Bertutur akan menjadi Kertas 3 Bahasa Melayu SPM mulai tahun 2021. Jenis instrumen dalam Kertas 3 Bahasa Melayu ialah Ujian Bertutur meliputi dua item, iaitu Subjektif Respons Terhad dan Subjektif Respons Terbuka.

Bilangan soalan dalam Kertas 3 Bahasa Melayu SPM meliputi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A ditaksir secara individu. Calon perlu membaca petikan atau bahan rangsangan yang disediakan secara mekanis. Manakala dalam Bahagian B,  taksiran akan dilakukan secara berkumpulan antara 3 hingga 5 orang dalam satu kumpulan. Satu tajuk atau tema akan disediakan untuk perbincangan.

Jumlah markah untuk Ujian Bertutur ialah sebanyak 70 markah. Pembahagian markah ialah 40 markah untuk Ujian Bertutur Individu dan 30 markah untuk Ujian Bertutur Kumpulan. Pentaksiran individu akan dijalankan antara 3 hingga 5 minit. Manakala taksiran untuk berkumpulan pula antara 13 hingga 15 minit.

KLIK >>> GAMBARAN PERJALANAN UJIAN BERTUTUR SPM KSSM

KLIK >>> TIP UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU SPM KSSM

Post a Comment

2Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!