Mulai tahun
2021, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu akan menggunakan format baharu. Untuk Kertas 2 Bahasa Melayu SPM mulai
tahun 2021, Kertas 2 (1103/1) terdiri daripada satu bentuk instrumen sahaja,
iaitu ujian bertulis. Ujian bertulis dalam Kertas 1 (1103/1) akan ditaksir
melalui dua item, iaitu Subjektif Respons Terhad dan Subjektif Respons Terbuka.
Terdapat tiga
bahagian dalam kertas soalan ini, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Menerusi Bahagian A, calon SPM perlu menjawab lima soalan sistem dan aplikasi
bahasa. Dalam Bahagian B pula, terdapat tiga soalan pemahaman yang perlu
dijawab oleh calon. Manakala, dalam Bahagian C calon perlu menjawab satu soalan
rumusan. Keseluruhannya, terdapat sembilan soalan dalam Kertas 2 Bahasa Melayu
mulai tahun 2021 yang perlu dijawab oleh calon.
Markah bagi soalan
dalam Bahagian A ialah 35 markah, manakala tiga soalan pemahaman dalam Bahagian
B bernilai 35 markah, dan soalan rumusan pada Bahagian C bernilai 35 markah menjadikan
keseluruhan markah bagi Kertas 2 Bahasa Melayu (1103/2) ialah 100 markah.
Masa menjawab pula ialah 2 jam dan 30 minit, dengan cadangan pembahagian masa, 45 minit untuk menjawab soalan Bahagian A, dan 60 minit untuk menjawab tiga soalan pemahaman dalam Bahagian B, dan 45 minit lagi untuk menjawab soalan rumusan pada Bahagian C.