Penataran Format Baharu Kertas 1 (1103/1) Bahasa Melayu SPM Mulai Tahun 2021

Cikgu Muzz
By -
0

 

Mulai tahun 2021, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu akan menggunakan format baharu. Untuk Kertas 1 Bahasa Melayu SPM mulai tahun 2021, Kertas 1 (1103/1) terdiri daripada satu bentuk instrumen sahaja, iaitu ujian bertulis. Ujian bertulis dalam Kertas 1 (1103/1) akan ditaksir melalui dua item, iaitu Subjektif Respons Terhad dan Subjektif Respons Terbuka.

Terdapat dua bahagian dalam kertas soalan ini, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Menerusi Bahagian A, calon SPM perlu menjawab satu soalan karangan yang terdiri daripada kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan. Dalam Bahagian B pula, terdapat empat soalan esei, dan calon perlu memilih satu soalan sahaja untuk dijawab. Keseluruhannya, terdapat lima soalan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu mulai tahun 2021, dan calon perlu menjawab dua soalan sahaja.

Markah bagi soalan dalam Bahagian A ialah 30 markah, manakala satu soalan esei dalam Bahagian B bernilai 70 markah, menjadikan keseluruhan markah bagi Kertas 1 Bahasa Melayu (1103/1) ialah 100 markah.

Masa menjawab pula ialah 2 jam sahaja, dengan cadangan pembahagian masa, 30 minit untuk menjawab soalan Bahagian A, dan 1 jam 30 minit lagi untuk menjawab soalan Bahagian B.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!