Peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Jun
tahun 2020 untuk Kertas 2 Bahasa Melayu telahpun diuji pada akhir Ogos lalu.
Kertas 2 Bahasa Melayu SPM Jun 2020 masih lagi mengikut format sedia ada
meliputi empat soalan.
Soalan rumusan bertemakan persiapan-persiapan untuk
menghadapi peperiksaan dan tujuan-tujuan seseorang mengambil peperiksaan.
Soalan pemahaman Komsas yang diuji masing-masing
daripada teks drama Bukan Gila, teks prosa tradisional Kepimpinan Melalui
Teladan dan sajak Erti Hidup Bererti.
Soalan sintaksi pada bahagian tatabahasa pula menguji
ayat aktif kepada ayat pasif.
Berikut cikgu kongsikan soalan SPM sebenar Bahasa Melayu Jun 2020 untuk rujukan bersama-sama.