BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di
bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil berat oleh
seseorang yang ingin menghadiri temu duga. Pertama, calon mestilah mempunyai
keterampilan yang menarik. Misalnya rambut hendaklah disisir kemas. Jika
mempunyai kumis dan jambang, kedua-duanya hendaklah dirapi kemas. Pakaian pula
haruslah bergosok dan tidak terlalu terang dan garang warnanya. Seterusnya, jawatan yang dipohon hendaklah
selari dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki. Mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang baik dan mampu bertututr dengan lancar lebih daripada dua
bahasa merupakan suatu kelebihan kepada calon. Akhir sekali, seseorang calon
temu duga itu harus memiliki kekuatan mental dan emosi serta yakin kepada diri
sendiri.