BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di
bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda semakin
luntur dari hari ke hari. Salah satu puncanya ialah kurangnya didikan cinta
akan negara daripada ibu bapa kepada anak-anak. Ini berpunca daripada kesibukan
ibu bapa mencari rezeki dan kurangnya masa yang diluangkan bersama-sama dengan
anak. Di samping itu pengaruh hiburan yang melampau menyebabkan generasi muda
lebih mengangungkan budaya luar seperti budaya barat, budaya K-POP dan lain-lain. Akhir sekali, kurang
kesedaran dan tanggungjawab kendiri untuk mencintai ibu pertiwa menyebabkan
semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda semakin longgar. Oleh itu,
langkah-langkah proaktuf bagi menyuburkan kembali semangat patriotisme dalam
jiwa anak-anak muda harus digerakkan oleh pelbagai pihak dengan segera demi
memastikan generasi pelapis negara terus menjulang rasa cinta akan negara dalam
sanubari masing-masing.
Thankiu
ReplyDelete