“Malaika!
Tunggu!” kecoh suara Rafiq memanggil murid popular di sekolah mereka.
Yalah, siapa
tak kenal Malaika? Anak gadis pelakon drama popular. Baru semalam Rafiq nampak
wajah bapa Malaika dalam iklan di kaca televisyen.
“Tunggulah
kejap, Malaika. Aku nak cakap sikit,” termengah-mengah nafas Rafiq mengadang
laluan Malaika yang hendak ke kantin itu.
“Ada apa? Cepatlah
cakap!” Nampak sangat wajah kurang senang Malaika. Dalam hati perasa popular
seperti si bapa. Walhal, ramai sungguh menyampah dengan sikapnya yang berlagak
diva.
“Hurmm,
semalam aku ada tengok TV...” belum sempat Rafiq menghabiskan kata-kata Malaika
mencelah.
“Dah tu kau
nampak hantu?” Sindiran dan cebikan pada bibir Malaika membuatkan darah Rafiq
menggelegak.
“Aku nak cakap
elok-elok, kau buat sombong. Tunggu, kau,” hati Rafiq membentak amarah.
“Aku nampak
bapa kau dalam iklan. Hebat bapa kau, Berlakon drama. Iklan tentang kemalangan
pun bapa kau ada,” nada suara sengaja dibuat kagum. Saja dia mahu lihat reaksi
Malaika.
“Baru nak
tahu? Bapa aku menang anugerah pelakon lelaki drama tau,” aura Malaika semakin
mendabik dada.
“Memang pun pelakon hebat. Semalam aku tengok dalam Instagram. Bukan main bapa kau buat live sambil memandu. Siap letak adik kau dekat riba lagi. Seat belt tak payah cakaplah, haram nak pakai. Memang pandailah bapa kau berlakon dekat iklan tu kan? Tapi real life, sampah!”