Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam suatu kenyataan menerusi sidang media yang diadakan pada Ahad, 8 November 2020,jam 11.30 pagi mengumumkan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ditutup mulai 9 November hingga 17 Disember bagi sekolah Kumpulan A dan 18 Disember bagi sekolah Kumpulan B.
Penutupan sekolah ini berkuat kuasa di semua negeri yang diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November selama 4 minggu, dan termasuk negeri Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak terlibat dengan PKPB selama empat minggu tersebut.
Sepanjang tempoh penutupan sekolah bermula 9 November sehingga 17 atau 18 Disember, sesi pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan secara dalam talian dari rumah. Guru-guru pula perku kekal di stesen bertugas masing-masing.