BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di
bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Pemakaian penutup hidung ketika negara masih berperang dengan pandemik Covid-19 merupakan suatu keperluan dalam kehidupan seharian. Namun, berapa ramaikah yang memakai penutup hidung dengan betul? Terdapat beberapa tip pemakaian pelitup hidung yang boleh diamalkan.
Pertama, elakkan memakai pelitup hidung di bawah dagu untuk mengelakkan tercemar dengan bakteria. Pelitup hidung juga tidak boleh dipakai melebihi 8 jam, dan boleh dipakai sekali sahaja. Tambahan lagi, pelitup hidung yang lembap perlu ditukar. Bagi menjaga kebersihan, pelitup hidung tidak boleh diletakkan di merata-rata. Perbuatan menyentuh pelitup hidung pada bahagian dalam dan luar juga perlu dielakkan di samping perkongsian pelitup hidung dengan orang lain dilarang sama sekali.
Semua tip pemakaian pelitup hidung ini
perlulah diamalakn dan dibudayakan dalam kehidupan seharian sebagai langkah
mencegah diri daripada dijangkiti wabak Covid-19.
It's a good help for students who will be searching for the answers 😋😋like me...
ReplyDeletehaiya, you need to learn not copy tsk tsk tsk.
ReplyDelete