BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di
bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Berita palsu ialah berita yang tidak sahih yang dikongsikan secara luas. Biasanya medium media sosial menjadi pernatara untuk menyebarkan berita palsu. Ketika negara berhadapan pandemik Covid-19, pelbagai berita palsu disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menerusi media sosial. Antara berita palsu yang disebarkan ialah larangan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian ketika Printah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, masyarakat dinasihatkan untuk menilai berita yang dibaca sebelum mempercayai atau menyebarkannya. Sumber berita yang tepat umpamanya berita yang dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Negara harus digunakan oleh khalayak untuk menyemak ketulenan sesuatu berita yang dibaca atau didengar.