[Karangan Pendek PT3] Aku Sebuah Rumah

Cikgu Muzz
By -
0

BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK

(10 MARKAH) 

Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.


            Aku ialah sebuah rumah teres yang diperbuat daripada kayu, batu-batan dan simen. Tubuh badanku diwarnakan dengan putih, warna yang melambangkan kesucian. Manakala rambutku pula berwarna coklat tua. Aku didiami oleh sepasang suami isteri, iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin bersama-sama anak tunggal perempuan mereka, iaitu Aaisyah Dhia Rana. Mereka sekeluarga menjagaku dengan baik. Aku tidak pernah ditinggalakn tanpa diurus mahupun berbau busuk. Aku sentiasa dibersihkan dan dimop dari masa ke masa. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tubuh badanku pasti berganti baju baharu. Aku akan dicat dengan warna pastel yang menjadi kegemaran tuanku. Aku bersyukur kerana dapat meneruskan khidmat bakti melindungi tuanku sekeluarga daripada panas mentari dan tempias hujan.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!