CADANGAN
JAWAPAN RINGKASAN KEPENTINGAN PENGURUSAN WANG
Isi-Isi Utama
- Mendedahkan amalan pengurusan wang yang lebih baik dan teratur kepada generasi muda.
- Memberikan kesedaran tentang pengurusan wang secara berhemat.
- Memberikan pendedahan tentang cara lebih berkesan dalam membelanjakan wang bagi mengelakkan pembaziran.
- Membentuk sahsiah diri generasi muda agar lebih celik terhadap pengurusan kewangan.
- Mendekati murid sekolah melalui program sekolah angkat untuk menggalakkan mereka membuka akaun dan menambahkan simpanan dari masa ke masa.
- Amalan menggunakan wang yang lebih berkesan perlu dipupuk sekaj awal kerana tabiat seseorang individu lebih mudah terbentuk pada usia muda.
- Dapat melahirkan masyarakat yang celik wang.
Jawapan Lengkap
Terdapat beberapa kepentingan pengurusan wang, iaitu mendedahkan amalan pengurusan wang yang lebih baik dan teratur kepada generasi muda. Seterusnya, memberikan kesedaran tentang pengurusan wang secara berhemat. Selain itu, membentuk sahsiah diri generasi muda agar lebih celik terhadap pengurusan kewangan. Di samping itu, memberikan pendedahan tentang cara lebih berkesan dalam membelanjakan wang bagi mengelakkan pembaziran. Akhir sekali, dapat melahirkan masyarakat yang celik wang.
>>> Soalan