SOALAN PERCUBAAN SPM 2020 (SEKOLAH BERASRAMA PENUH –SBP)
Pelbagai
masalah yang timbul dalam kalangan remaja seperti masalah keluarga, masalah
pembelajaran dan masalah rakan sebaya. Keadaan ini menimbulkan tekanan atau
stres kepada remaja. Huraikan langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk
menangani stres.
Dalam menjalani kehidupan seharian,
seseorang manusia itu pasti tidak akan terlepas dengan ujian. Bagi umat Islam,
tentu sahaja jelas mengetahui bahawa setiap manusia akan diuji dengan sedikit
ketakutan, kelaparan kekurangan harta dan jiwa persis tafsiran Surah Al-Baqarah
ayat 155 hingga 157. Persoalannya, bagaimanakah seseorang individu itu
berhadapan dengan ujian yang mendatangi dalam kehidupan sehariannya? Hakikatnya
ujian hadir dalam pelbagai rupa sama ada kesusahan mahupun kemewahan. Dalam konteks
seorang remaja, ujian yang biasa dihadapi oleh golongan umur pada peringkat ini
selalunya berpaksikan masalah keluarga, masalah pembelajaran dan masalah rakan
sebaya. Meskipun dalam kalangan sesetengah pihak masalah yang dihadapi oleh
golongan remaja tampak remeh, namun isu ini tidak boleh dipandang enteng. Hal ini
dikatakan demikian kerana, masalah dalam kehidupan seharian yang tidak diurus
dengan baik boleh mengakibatkan stres. Natijahnya cukup buruk sekali. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes bunuh diri antara sepuluh penyebab utama
kematian di dunia. Manakala Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang
dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2017 mendedahkan
11.2% remaja mempunyai idea untuk membunuh diri. Salah satu punca utama yang
mendorong remaja untuk membunuh diri ialah faktor sosioekonomi, faktor
persekitaran dan faktor kegagalan dalam akademik yang menjadi punca utama.
Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, remaja perlu mengetahui cara-cara untuk
mengurus stres dengan baik agar tidak dihimpit kemurungan. Oleh yang demikian,
terdapat beberapa langkah yang saya amalkan dalam usaha menjalani kehidupan
yang sihat dan sejahtera sama ada dari aspek fizikal, emosional serta spritual.
Perenggan
di atas ialah contoh sebuah pendahuluan karangan yang berstatus cemerlang.
Perenggan pendahuluan di atas mengandungi 235 patah perkataan. Anda boleh
membaca dan mengambil inspirasi daripada contoh perenggan pendahuluan di atas,
kemudian tulis perenggan pendahuluan anda sendiri bagi karangan tersebut.
Kemudian
senaraikan isi-isi penting yang boleh digunakan bagi memenuhi kehendak tugasan,
iaitu langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk menangani stres.
Isi 1:
Isi 2:
Isi 3:
Isi 4:
Berdasarkan
isi yang dikemukakan, tulis satu perenggan isi yang lengkap dan gramatis dengan
menggunakan sekurang-kurangnya enam ayat berdasarkan teknik menulis perenggan
isi karangan IMBaKUP. Anda boleh rujuk teknik menulis karangan menggunakan
IMBaKUP menerusi pautan di bawah.
>>>
Teknik Menulis Perenggan Isi IMBaKUP