SINOPSIS PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
Cerita dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah dilihat oleh orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa telah mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini telah menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang sampah. Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk tidur di sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk meminta makanan tetapi masih gagal.
Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan dan mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual buah-buahan lalu meminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja.
Si suami terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya meminta sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh orangnya memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri mengidam lagi hendak makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya meminta sehelai daun nangka. Namun begitu, baginda telah memberikan sebiji buah nangka kepada si miskin itu. Kehidupan pasangan ini menjadi senang apabila sering diberi barangan keperluan oleh orang ramai.
Pada malam empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi lelaki lalu dinamakan Marakarma. Pasangan ini akhirnya berpindah ke sebuah pondok. Pada suatu hari, si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah. Dia telah terjumpa tajau yang mengandungi emas. Emas itu dibawa oleh Si Miskin kepada saudagar di negeri Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar di negeri Anta Beranta itu memberikannya sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang terlalu banyak saudagar itu meminta tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan Si Miskin. Kemudian, Si Miskin pergi berjumpa dengan saudagar lain lalu meminta mereka membelikan tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain.
Si Miskin balik ke rumah lalu mandi. Kemudian dia memangku anaknya itu sambil menyeru jika benar anaknya itu ialah anak dewa, maka dia mahu dibinakan sebuah negeri di dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Dengan takdir Allah Taala, jadilah sebuah negeri yang lengkap lalu dia menjadi Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi telah mengandung lagi lalu melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara besarbesar telah dilakukan selama empat puluh hari empat puluh malam Mengikut adat istiadat istana.
Ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin tinggal di negeri Anta Beranta.
PERSOALAN PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
- Kecekalan hati menghadapi cabaran hidup.
- Sikap memandang hina terhadap orang miskin.
- Kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
- Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin.
WATAK DAN PERWATAKAN PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
Maharaja Indera Angkasa |
|
Tuan Puteri Ratna Dewi |
|
Maharaja Indera Dewa |
|
Betara Angkasa Indera Dewa |
|
LATAR PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
Latar Tempat |
|
Latar Masa |
|
Latar Masyarakat |
|
- Bahasa Arab - masyhur; Allah Taala; Wallahualam.
- Bahasa istana - baginda; titah; kakanda; patik; berputeralah.
- Bahasa klasik - hatta; cetera; adapun.
- Simile - ...rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya.
- Kasih sayang.
- Kegigihan.
- Baik hati.
- Ketaatan.
- Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu.
- Kita hendaklah taat akan suami.
- Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain.
Kredit: Sabadi