Tema Novel Tawanan
Komander Caucasus
Kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran
dan rintangan.
Persoalan Novel
Tawanan Komander Caucasus
- Perbezaan kehidupan antara dimensi kumbang dengan dunia manusia.
- Ketamakan kuasa hingga mengancam nyawa orang lain.
- Keinginan menakluki dunia dan menguasai manusia.
- Kepatuhan dan kesetiaan pengikut terhadap ketua/pemimpin.
- Kasih sayang ibu bapa yang mendalam terhadap anak-anak.
- Tanggungjawab murid dalam menyempurnakan tugasan.
Watak dan
Perwatakan Novel Novel Tawanan Komander Caucasus
Farhani
- Berusia 13 tahun dan merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik.
- Murid Tingkatan Satu Arif dan bersekolah di Sekolah Menengah Seri Kencana.
- Bapanya bekerja sebagai renjer hutan manakala ibunya seorang suri rumah.
- Cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan.
- Penyayang terhadap ahli keluarga.
- Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru Sains.
Komander Caucasus
- Ketua tentera kerajaan kumbang dan kumbang kepercayaan Maharaja Tanduk.
- Berasal daripada kumbang spesies Chalcosoma Caucasus, iaitu mempunyai sesungut yang panjang dan berketinggian satu setengah meter.
- Mempunyai pengikut setia yang terdiri daripada tentera kumbang daripada spesies yang sama.
- Berpandangan jauh dan bercita-cita besar untuk menakluki dunia dan manusia.
- Kejam dan zalim apabila berusaha menjadikan Kim Yong dan Farhani sebagai ‘tikus makmal’.
Kim Yong
- Anak tunggal kepada Puan Lee. Bapa kandungnya telah meninggal dunia.
- Mempunyai seorang bapa tiri yang garang, iaitu Encik Kwok.
- Pewaris tunggal kekayaan milik bapanya yang merupakan seorang hartawan.
- Rakan sekelas Farhani di Tingkatan Satu Arif.
- Ego, angkuh, dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.
- Meminati serangga spesies kumbang.
- Berhemah tinggi apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Farhani.
Puteri Coleoptera
- Anak saudara Maharaja Tanduk dan merupakan pewaris takhta koloni kumbang selepas ayahandanya mangkat.
- Merupakan seekor kumbang betina spesies Chrysomelidae yang memiliki cangkerang yang amat cantik berwarna
- kehijauan, berkilat dan bersesungut panjang.
- Bertatatertib dan sopan.
- Murah dengan senyuman apabila berbicara dengan Farhani walaupun baru pertama kali mereka bertemu.
- Baik hati, iaitu Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong menjamu selera bersama-samanya.
- Mengenang budi, iaitu menghadiahi Farhani dan rakan-rakannya lambang kebesaran kerajaan kumbang yangdiperbuat daripada logam perak yang berukir cantik.
Latar Novel
Tawanan Komander Caucasus
Latar Tempat
- Rumah Kim Yong.
- Rumah Farhani.
- Pinggir dusun datuk Farhani.
- Sekolah Menengah Seri Kencana.
- Mahligai Maharaja Tanduk.
- Makmal Kerajaan Kumbang
- Mahligai Maharaja Caucasus.
Latar Masa
- Setiap hari.
- Waktu subuh.
- Waktu siang.
- Waktu pagi.
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
- Masyarakat yang rajin menimba ilmu sains.
- Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
- Masyarakat yang prihatin terhadap soal keselamatan murid.
- Masyarakat yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.
Gaya Bahasa Novel
Tawanan Komander Caucasus
- Bahasa Arab. Contohnya, Insya-Allah; Alhamdulillah;Assalamualaikum.
- Bahasa Istana. Contohnya, tuanku; beta.
- Peribahasa. Contohnya, sudah gaharu cendana pula; Bapa borek anak rintik
Nilai Novel
Tawanan Komander Caucasus
- Baik hati.
- Hemah tinggi
- Hormat-menghormati.
- Kasih sayang.
- Keberanian.
- Kebijaksanaan.
Pengajaran Novel
Tawanan Komander Caucasus
- Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan.
- Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
- Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal menghadapi satu-satu tugasan.
- Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama insan.
Terbaik
ReplyDelete