Tatacara Mengisi Permohonan Gantian Cuti Rehat & Cuti Bawa Ke Hadapan Dalam Hrmis

Cikgu Muzz
oleh -
0

Cuti Rehat Khas (CRK) ialah cuti untuk warga guru sebanyak 10 hari dalam tempoh setahun. Tidak seperti penjawat awam seperti kerani sekolah yang boleh membaca cuti ke hadapan, CRK untuk guru hanya buat kegunaan tahun semasa sahaja. Namun, CRK yang tidak digunakan tidaklah sia-sia sahaja. Gantian Cuti Rehat (GCR) yang terkumpul sebanyak 150 hari akan membuatkan seseorang guru menerima ganjaran wang tunai ketika bersara kelak.

Para guru mestilah cakna tentang bilangan hari CRK yang diambil dalam masa setahun, dan berapa pula jumlah CRK yang tidak digunakan sehingga tarikh semasa perkhidmatan. Mudah sahaja untuk semak, boleh tengok dalam portal Hrmis.

Dalam perkongsian kali ini, panduan untuk mengisi permohonan Gantian Cuti Rehat untuk guru-guru ditunjukkan seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)