Karangan Percubaan SPM Langkah-Langkah Ibu Bapa Menyokong Anak-Anak Menggunakan Teknologi Dalam Pembelajaran

Cikgu Muzz
oleh -
0
 


SOALAN PERCUBAAN SPM 2020 - SELANGOR
Kemudahan Teknologi Maklumat, termasuk media sosial dan alatan digital lain perlu dimanfaatkan dalam kaedah Pembelajaran Abad ke-21. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyokong anak-anak menggunakan kemudahan teknologi dalam pembelajaran.
 
PENDAHULUAN
            Transformasi dunia pendidikan berlaku seiring dengan peredaran masa. Jika dahulu pendidikan formal hanya berlaku di dalam bilik darjah dan sepenuhnya menggunakan buku teks sebagai sumber utama bahan bantu mengajar, namun kini semua itu sudah berubah seratus peratus. Perkembangan sains dan teknologi menghadirkan pelbagai peralatan digital seperti komputer riba, telefon pintar dan lain-lain yang digunakan secara luas dalam arena pendidikan. Paling jelas sekali, apabila sekolah ditutup gara-gara penularan pandemik Covid-19, pelbagai platform yang menggunakan peralatan digital digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para murid meskipun secara tidak bersemuka. Justeru, jelas sekali peralatan digital termasuklah penggunaan media sosial juga mempunyai peranan yang tersendiri untuk dimanfaatkan dalam pendidikan selari dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Walau bagaimanapun, bukan semua murid mempunyai akses kepada penggunaan peralatan digital dalam pembelajaran. Dalam hal ini, peranan ibu bapa merupakan tunjang utama dalam memastikan anak-anak berpeluang menggunakan kemudahan teknologi dalam pembelajaran. Oleh itu, timbul persoalan apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyokong anak-anak menggunakan kemudahan teknologi dalam pembelajaran?
 
ISI-ISI
Berdasarkan arahan soalan di atas, kemukakan sekurang-kurangnya, empat isi yang relevan bagi karangan tersebut.
    • Isi 1:
    • Isi 2:
    • Isi 3:
    • Isi 4:
AKTIVITI
Bincangkan isi-isi yang dinyatakan dalam kumpulan. Seterusnya, pilih satu isi dan kembangkan isi tersebut dalam sebuah perenggan isi yang lengkap. Anda boleh menggunakan teknik penulisan perenggan isi IMBaKUP sebagai panduan.
 
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)