[Nota Komsas] Analisis Novel Sejambak Bakti

Cikgu Muzz
By -
2
 

Tema
Usaha dan kegigihan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah dan guru-guru membangunkan koperasi sekolah mereka.
 
Persoalan
    1. Usaha yang baik selalu akan mendapat tentangan dan cabaran yang hebat.
    2. Sifat cemburu akhirnya memakan diri sendiri.
    3. Kekayaan dan kemewahan akan membuatkan seseorang itu sombong dan ego.
    4. Dugaan yang telah ditakdirkan mampu menjadikan  seseorang itu tabah dan hebat.
    5. Kasih ibu yang tiada batasannya.
    6. Amalan muafakat akan membuahkan kejayaan.
Watak dan Perwatakan
Razali
    1. Murid tingkatan 5.
    2. Seorang pemimpin sekolah iaitu dilantik sebagai Penolong  Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah.
    3. Tinggal bersama-sama ibu dan ayah tirinya.
    4. Menghormati orang tua.
    5. Tabah dan sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan.
    6. Anak muda yang berwawasan dan bercita-cita tinggi.
    7. Seorang yang pemaaf.
Ramlah
    1. Rakan baik Razali.
    2. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
    3. Tinggal bersama-sama abangnya, seorang anggota polis di Balai Polis Simpang Empat.
    4. Anak tiri Pak Ramli.
Munir
    1. Matanya bulat bersinar-sinar.
    2. Pipinya penuh berisi.
    3. Berwajah bulat dan bertubuh tegap.
    4. Berpakaian kemas dan bermotosikal ke sekolah.
    5. Sangat cemburu akan Razali.
    6. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
    7. Pendendam dan kuat cemburu.
Cikgu Zulkifli
    1. Tubuhnya tinggi lampai, rambutnya genjur, dan berkumis.
    2. Guru displin dan guru koperasi sekolah.
    3. Sangat prihatin dan bertanggungjawab.
    4. Bijak memerangkap penceroboh koperasi sekolah.
    5. Rajin membantu kegiatan koperasi sekolah.
Mak Sopiah
    1. Ibu Razali.
    2. Isteri kedua Pak Zakaria.
    3. Isteri pertama Pak Ramli.
    4. Rajin melayani Razali.
    5. Seorang ibu yang memiliki kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anaknya.
Pak Zakaria
    1. Bapa tiri kepada Razali.
    2. Seorang bekas tentera.
    3. Rakan Pak Ramli semasa menjadi anggota tentera.
    4. Seorang ayah tiri yang garang dan tidak menyukai anak tirinya, Razali.
Latar
Latar Tempat
    1. Di Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
    2. Di bilik mesyuarat.
    3. Di bandar Kangar.
    4. Di pinggir sawah.
    5. Di Kampung Serdang.
    6. Di bilik pengetua.
Latar Masa
    1. Pada waktu pagi.
    2. Pada waktu petang.
    3. Pada waktu malam.
Latar Masyarakat
    1. Masyarakat yang gigih berusaha untuk memajukan koperasi sekolah.
    2. Masyarakat yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan penternakan.
    3. Masyarakat yang masih mengamalkan sikap berdendam dan iri hati akan kejayaan orang lain.
    4. Masyarakat yang yang taat pada perintah agama.
Gaya Bahasa
    1. Personifikasi – Ketika matahari menumpahkan cahayanya yang lembut, Angin membelai-belai tubuhnya, Matahari sedang menyemarakkan cahayanya di dada langit,
    2. Daunnya melambai-lambai ditiup angin.
    3. Simile – Kakinya seperti terpaku di tanah, Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga.
    4. Bahasa Arab – Assalamualaikum, Waalaikumussalam.
    5. Sinkope – tak.
Nilai
    1. Kecekalan.
    2. Bertanggungjawab.
    3. Kasih sayang.
    4. Keprihatinan
    5. Bekerjasama.
Pengajaran
    1. Kita perlulah cekal dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.
    2. Kita perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita.
    3. Ibu bapa mestilah menyayangi anak-anak walaupun anak tiri.
    4. Kita mestilah berani untuk menegakkan sesuatu kebenaran.
    5. Kita perlulah prihatin dalam membina persahabatan yang ikhlas.
Kredit: Sasbadi
 

Post a Comment

2Comments

  1. Assalammualaikum cikgu...mohon izin share link blog untuk rujukan pelajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Dipersilakan cikgu. Semoga bermanfaat.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!