[Nota Komsas] Analisis Novel Meniti Impian

Cikgu Muzz
By -
0
 

Tema
Semangat dan kesungguhan pelatih IKM dalam usaha untuk mencapai kejayaan.
 
Persoalan
    1. Kasih sayang dalam keluarga.
    2. Cinta dalam kalangan remaja.
    3. Rela berkorban demi keluarga.
    4. Ketabahan dalam menghadapi kesusahan hidup.
    5. Kemiskinan penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman.
Watak dan Perwatakan
Zahar
    1. Anak sulung kepada Mak Kiah.
    2. Mempunyai dua orang adik lelaki, iaitu Halim dan Zakri.
    3. Ayahnya telah meninggal dunia.
    4. Seorang yang gigih dan rajin.
    5. Bercita-cita tinggi.
    6. Tidak mudah berputus asa.
Pak Yusuf
    1. Bapa saudara Zahar, adik kepada emak Zahar, Mak Kiah.
    2. Mempunyai isteri bernama Mak Temah dan dua orang anak yang masih menuntut di universiti.
    3. Memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot.
    4. Seorang yang lemah lembut dan bertimbang rasa.
    5. Berumur dalam lingkungan 60-an dan masih kuat bekerja.
Mak Kiah
    1. Emak kepada Zahar.
    2. Sudah kematian suami.
    3. Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahar, Halim, dan Zakri.
    4. Sudah tua dan sering sakit.
    5. Mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang.
    6. Seorang yang penyayang.
    7. Mementingkan pelajaran anak-anaknya.
Mak Temah
    1. Isteri kepada Pak Yusuf.
    2. Badannya agak berisi.
    3. Rajin memasak.
    4. Patuh kepada suami.
    5. Sentiasa memberi dorongan kepada Zahar untuk berjaya.
Suhaili
    1. Bekas teman sekelas Zahar.
    2. Anak kepada Pak Karim, Ketua Kampung Caruk Petitih.
    3. Bekas pelajar di ITM.
    4. Pernah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya dan kemudian menjadi Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang perabot di Kamunting, Perak.
    5. Merupakan seorang yang cantik, pendiam, tetapi mesra dengan orang yang mengenalinya.
    6. Pernah menjadi buah hati Zahar.
Norimi
    1. Berasal dari Johor.
    2. Sama-sama menyertai kursus di IKM bersama Zahar.
    3. Seorang yang lemah lembut, cantik, dan menarik.
    4. Mengambil jurusan seni bina di IKM.
    5. Menjalin hubungan yang istimewa dengan Zahar.
    6. Berbudi pekerti mulia.
Latar
Latar Tempat
    1. Bengkel perabot Pak Yusuf.
    2. Masjid.
    3. Rumah Zahar.
    4. Rumah Pak Karim.
    5. City Point.
    6. IKM Sungai Petani.
Latar Masa
    1. Waktu siang.
    2. Waktu malam.
    3. Hari Selasa.
    4. Masa lampau.
Latar Masyarakat
    1. Masyarakat kampung yang hidup miskin.
    2. Masyarakat yang menjalankan kegiatan perniagaan.
    3. Masyarakat yang penyayang.
    4. Masyarakat yang mempunyai keazaman yang tinggi.
Unsur Gaya Bahasa
    1. Bahasa daerah. Contohnya, mencerlungkan; gontai.
    2. Bahasa Inggeris.Contohnya, No problem chief; tension; traffic jam; girlfriend.
    3. Metafora. Contohnya, bara keazaman; tunggul nostalgia; obor semangat; kotak fikiran.
    4. Hiperbola. Contohnya; Nadanya menikam jantung; Segugus debaran menggoncang dadanya; Perdu hati Zahar bagaikan bergayut dengan sebeban debaran.
    5. Sinkope. Contohnya, nak; tak.
Nilai
    1. Kerajinan.
    2. Kerjasama.
    3. Kesetiaan.
    4. Kesyukuran.
    5. Kesabaran.
Pengajaran
    1. Kita tidak seharusnya menghina orang yang lebih rendah daripada kita.
    2. Kita hendaklah berjimat cermat dan tidak boros berbelanja.
    3. Kita hendaklah setia dalam perhubungan.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!