Latihan Karangan PT3: Punca Pengabaian Permainan Tradisional
oleh -Cikgu Muzz
Mei 27, 2021
0
Jika dahulu
permainan tradisional merupakan aktiviti masa senggang yang digemari ramai,
namun situasi itu semakin berubah pada masa ini. Berdasarkan peta minda di
atas, huraikan sebab-sebab permainan tradisional semakin dilupakan oleh
generasi sekarang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak kurang daripada 180
patah perkataan. Cadangan isi
karangan: Sebab-sebab permainan tradisional semakin dilupakan :-
Pengenalan sukan
moden.
Kesibukan dan
kesuntukan masa.
Kesan perkembangan
teknologi maklumat.
Sukar untuk
membuat atau mendapatkan peralatan.
Ketiadaan kawasan
lapang.
Murid perlu
menulis sekurang-kurangnya tiga isi untuk karangan Bahagian B, PT3 Bahasa
Melayu. Berdasarkan satu contoh perenggan isi di bawah, pilih mana-mana dua isi
di atas, kemudian tulis perenggan isi yang lengkap bagi isi tersebut. Aspek utama yang
perlu ada dalam perenggan isi:
Ayat isi.
Ayat huraian.
Ayat contoh.
Ayat penegasa.
Aspek
sampingan yang boleh dimasukkan dalam perenggan isi:
Peribahasa.
Statistik.
Petikan kata
tokoh yang sesuai.
Contoh
perenggan isi: Salah satu asbab yang menjadikan
permainan tradisional semakin kurang popular dalam kalangan generasi muda pada
hari ini ialah kesan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini demikian kerana
selari dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pelbagai peranti moden
yang canggih dengan harga yang berpatutan semakin mendominasi pasaran. Peranti moden
seperti telefon pintar memudahkan pengguna mengakses pelbagai permainan video dengan
mudah dan percuma kerana hanya memerlukan sambungan Internet. Oleh itu,
generasi muda khususnya begitu taksub dengan permainan video seperti Mobile Legend, Call Of Duty dan Genshin
Impact. Natijahnya, permainan tradisional seperti galah panjang, ceper dan
kercang semakin dipandang sepi. Situasi ini bukanlah sesuatu yang ganjil kerana
zaman beralih, musim bertukar. Izharnya, jelaslah bahawa perkembangan teknologi
maklmunat merupakan salah satu indikator yang mengubah haluan cita rasa hobi
generasi muda pada hari ini yang lebih meminati permainan video berbanding
permainan tradisional.