Ambilan Khas 18702 Guru; Siapa Layak Mohon? Ini Syarat, Keutamaan & Opsyen Kritikal
oleh -Cikgu Muzz
Jun 26, 2021
0
Pengambilan
guru secara one-off yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
baru-baru ini telah menjadi buah mulut khalayak. Sebanyak 18702 pegawai akan
dilantik oleh KPM bagi mengisi kekosongan jawatan guru dengan menyandang
jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Pengambilan secara one-off
ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan guru yang kritikal bagi
mata pelajaran dan di negeri tertentu. Iklan tawaran
pengambilan guru secara one-off ini dijangka akan dikeluarkan pada 7 Julai
2021. Pengambilan secara one-off ini bermaksud pengambilan yang dibuat sekali
sahaja tetapi dalam jumlah yang banyak bagi mengisi kekosongan jawatan guru
dengan pengambilan graduan pendidikan dan graduan bukan pendidikan yang layak. Perbezaan ketara
pengambilan guru secara one-off ini dengan yang sebelumnya ialah, biasanya
pengambilan guru baharu pada setiap tahun Cuma 5000 orang sahaja, berbeza
menerusi ambilan secara one-off seramai 18702 orang. Pengambilan guru secara
biasa adalah bagi mengisi kekosongan guru yang bersara dan pembukaan sekolah
dan apabila mata pelajaran baharu ditawarkan. Berbeza dengan pengambilan kali
ini dengan tujuan menutup jurang kekurangan guru. Individu yang
layak memohon dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:
Graduan yang
memiliki ikhtisas (IPG)
Graduan Sarjan
Muda dengan Pendidikan (ISMP)
Graduan Sarjana
Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
Graduan yang
tidak memiliki Sarjana Muda dengan pendidikan juga boleh memohon mengikut
kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan.
Walau
bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada graduan pendidikan. Bagi graduan
pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan bagi opsyen pertama akan dilihat
pada opsyen kedua. Misalnya graduan dengan opsyen Biologi yang lulus temu duga
akan ditempatkan sebagai guru mata pelajaran Sains. Opsyen
kritikal di sekolah rendah ialah Bahasa inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas,
Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Manakala
kekurangan opsyen Bahasa Melayu di sekolah menengah pula ialah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta reka Bentuk dan
Teknologi. Iklan tawaran
akan dibuka pada 7 Julai 2021. Permohonan akan diuruskan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP). SPP turut bertanggungjawab membuat pemilihan,
saringan, temu duga dan pelantikan bagi 18702 graduan yang layak. KPM hanya
bertanggungjawab dalam urusan penempatan. Pemohon yang layak dijangka akan
menerima penempatan secara berperingkat-peringkat akan bermula pada Oktober
2021.Bakal guru dinasihatkan untuk
bersedia ditempatkan di mana-mana sahaja demi mengisi keperluan kekosongan
guru.