SINOPSIS DRAMA HADIAH
Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar berdepan dengan kesempitan hidup. Dia dan dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa bergantung hidup dengan bapanya, Pak Mail seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu, Yati yang belajar di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka dan duduk di asrama mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Hal ini demikian kerana Yati masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit.
Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah tentang nasib hidup keluarga mereka, Yati pun sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Pak Mail mengatakan bahawa dia telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung dengan masalah mereka. Yati memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah memaklumkan masalahnya kepada pengetua. Selepas itu, Yati masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah meneruskan perbualan mereka dua beranak.
Tiba-Tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian Pertahanan. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau adalah untuk menyampaikan penghargaan negara kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu, Encik Musa pun menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anak-anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek itu, Encik Musa dan Datuk Penghulu ingin pulang. Tiba-tiba, Yati muncul. Pak Mail memberitahu Yati bahawa dia akan dihantar ke asrama semula dan meminta Yati belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada datuknya adakah dia boleh belajar semula. Encik Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar belajar rajin-rajin. Kemudian Encik Musa minta diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan ucapan terima kasih. Pak Mail menghantar Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.
PEMIKIRAN DRAMA HADIAH
Kesempitan hidup.
PERSOALAN DRAMA HADIAH
- Kesedihan dan kesempitan hidup akibat kematian suami.
- Kasih sayang bapa yang sanggup memelihara anaknya yang kematian suami.
- Tanggungjawab seorang ketua yang sanggup membantu anak buahnya yang susah.
Pak Mail
- Bapa kepada Fauziah.
- Mempunyai dua orang cucu, iaitu Hayati dan Farid.
- Bertanggungjawab.
- Gigih membantu anak dan cucunya yang susah.
- Pandai memberikan nasihat.
- Seorang yang bersopan santun.
- Murid sekolah.
- Anak yang bersopan santun.
- Seorang yang berterus terang.
- Berani membuat keputusan.
- Balu kepada Sarjan Akhbar.
- Mempunyai dua orang anak.
- Penyedih.
- Bahasa Indonesia. Contohnya, beres.
- Bahasa Arab. Contohnya, ikhtiar.
- Bahasa istana. Contohnya, bonda; ayahanda; anakanda.
- Hiperbola. Contohnya, Fauziah menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan bahunya bergoncang.
Latar Masa
- Lebih kurang dua bulan.
- Hari ini.
- Waktu petang.
- Di ruang tamu rumah Pak Mail.
- Di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
- Di pintu rumah Pak Mail.
- Masyarakat ibu tunggal yang memelihara anaknya tanpa suami.
- Masyarakat perajurit yang sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan tanah air.
- Masyarakat yang terdiri daripada golongan tua yang sudah berpencen.
- Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak buahnya.
- Bertanggungjawab.
- Keprihatinan.
- Kesopanan.
- Kejujuran.
- Kita harus bertanggungjawab terhadap amanah supaya kita berdosa.
- Kita harus reda dengan nasib kehidupan kita.
- Kita mesti prihatin akan nasib orang di bawah tanggungjawab kita agar mereka terbela.