Latihan Karangan PT3: Cara Memanfaatkan Masa Lapang
oleh -Cikgu Muzz
Jun 09, 2021
0
Setiap individu pasti mempunyai masa lapang dalam
kehidupan sehariannya. Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa lapang.
Panjangnya huraian anda hendaklah tidak kurang
daripada 180 patah perkataan. Cadangan isi
karangan: Cara-cara memanfaatkan masa lapang :-
Melakukan aktiviti
rekreasi
Membaca buku
Bercucuk tanam.
Menziarahi ahli
keluarga
Menyertai aktiviti
komuniti setempat
Membantu ibu
bapa menguruskan kerja rumah
Dalam perenggan
pendahuluan, murid perlu menulis sekurang-kurangnya ayat tema (berdasarkan tema
soalan, boleh ambil penyataan soalan), ayat huraian (huraikan sedikit ayat tema
tersebut, kaitkan dengan situasi semasa), dan ayat arah (kehendak soalan yang
boleh dirujuk pada ayat terakhir dalam ayat soalan)
Ayat tema: Setiap
individu pasti mempunyai masa lapang dalam kehidupan sehariannya.
Ayat huraian:
Pada hari ini, ramai orang terutamanya remaja tidak tahu menghargai masa.
Ayat arah:
Oleh itu, apakah cara-cara memanfaatkan masa lapang?
Penulisan satu
perenggan pendahuluan hanya menggunakan tiga ayat seperti di atas adalah cara
paling asas. Dalam usaha mendapatkan markah yang cemerlang dalam penulisan
karangan, murid perlu menulis perenggan pendahuluan yang lebih mantap. Teknik Menulis
Perenggan Pendahuluan >>>
TEKNIK SITIF Contoh Perenggan Pendahuluan Masa itu lebih berharga daripada
emas. Hal ini dikatakan demikian kerana emas mempunyai nilai yang ada ketikanya
naik dan ada masanya turun, tetapi masa tidak boleh disetarakan dengan apa-apa
sahaja di dunia ini kerana harga sebuah masa itu tidak ternilai. Masa yang
sudah berlalu tidak akan pernah kembali walaupun seseorang menitiskan air mata
darah sekalipun. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir
kita hendaklah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Setiap individu pasti
mempunyai masa lapang. Persoalannya, bagaimanakah masa senggang itu dimanfaatkan? Teknik Menulis
Perenggan Isi >>> IMBakUP Teknik Menulis
Perenggan Kesimpulan >>> PCBiH