[Nota Komsas] Analisis Syair Pohon Buluh; Antologi Kuingin Berterima Kasih

Cikgu Muzz
By -
1
 


MAKSUD SYAIR POHON BULUH

Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat

Pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan darjat.
 

Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Kehidupan mereka yang bersaudara dan orang kaya yang sedia menghulurkan bantuan kepada orang lain.
 

Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Golongan tua dan muda bergandingan dan bersama-sama dalam memperkukuh perpaduan masyarakat.
 

Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam

Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga imej dan keamanan daripada gangguan pihak luar.

 
TEMA SYAIR POHON BULUH
Perpaduan atau keutuhan hidup bersatu.
 
PERSOALAN SYAIR POHON BULUH
      1. Pihak berwajib melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua pihak.
      2. Anggota masyarakat yang hidup bersaudara.
      3. Anggota masyarakat berkongsi matlamat secara bersama-sama  dan berusaha untuk mencapainya secara bersama-sama.
      4. Pangkat tidak membezakan seseorang dalam masyarakat.
      5. Anggota masyarakat tanpa mengira besar atau kecil dan tua atau muda hidup dengan bersatu padu.
      6. Anggota masyarakat bersama-sama bertanggungjawab menjaga nama baik.
BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR POHON BULUH
      1. Bentuknya terikat.
      2. Terdiri daripada empat rangkap.
      3. Berisi empat baris serangkap.
      4. Bilangan katanya empat hingga lima patah kata sebaris.
      5. Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
      6. Rima akhir bagi setiap rangkap adalah sama, iaitu aaaa.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI SYAIR POHON BULUH
      1. Kata arkaik. Contohnya, gara (baris 4, rangkap 2).
      2. Inversi. Contohnya, Terlalu kuat pula asasnya (sepatutnya Asasnya terlalu kuat pula).
      3. Perulangan kata. Contohnya, tinggi (baris 1, rangkap 1; baris 2, rangkap 3).
      4. Simile. Contohnya, Gelapnya di dalam seperti malam (baris 2, rangkap 4).
      5. Asonansi. Contohnya, Di sana tiada bilik bersekat (perulangan vokal i).
      6. Aliterasi. Contohnya, Menara tinggi banyak bertingkat (perulangan konsonan b).
NILAI SYAIR POHON BULUH
      1. Keadilan.
      2. Tolong-menolong.
      3. Perpaduan.
      4. Persaudaraan.
      5. Bertanggungjawab.
PENGAJARAN SYAIR POHON BULUH
      1. Pihak berkuasa hendaklah menjalankan tugas dengan adil.
      2. Anggota masyarakat harus hidup dalam semangat persaudaraan yang kukuh.
      3. Kita tidak harus menjadikan pangkat sebagai pemisah antara anggota masyarakat.
      4. Setiap anggota masyarakat harus berganding bahu dalam memelihara nama baik dan negara daripada ancaman.
      5. Kita harus memberikan layanan dengan saksama.

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!